Kerjaya Khaled Azhari

Khaled bekerja sebagai seorang pengarah kawalan kualiti di Amal Petroleum Company.[2] Beliau merupakan naib presiden Persekutuan Kesatuan Sekerja Mesir,[3] dan salam seorang anggota Kesatuan Umum Pekerja Mesir.[4] Beliau merupakan salah seorang mangsa keganasan polis Mesir pada 2010.[5]

Kerjaya politik

Khaled terpilih dalam Dewan Perhimpunan Rakyat mewakili FJP pada 2011. Pada Januari 2012, beliau dinamakan sebagai timbalan pengerusi jawatankuasa tenaga manusia parlimen.[2][6] Beliau juga menjadi seorang daripada 85 anggota Dewan Perlembagaan.[7] Dewan tersebut ditugaskan merangka perlembagaan baharu Mesir.[8]

Beliau telah dilantik menjadi Menteri Tenaga Manusia dan Imigresen pada 2 Ogos 2012.[5] Pelantikan beliau membawa kepada kesangsian terhadap potensi Ikhwan Muslimin dalam mengatasi hal ehwal pekerja di Mesir.[9] Beliau dan anggota FJP yang lain telah meletak jawatan daripada kabinet pada 4 Julai 2013 ekoran rampasan kuasa di Mesir.[10] Tempoh khidmat beliau berakhir pada 16 Julai 2013 apabila pemerintahan pemangku yang diketuai Hazem Al Beblawi dibentuk.[11]

Rujukan

WikiPedia: Khaled Azhari http://dailynewsegypt.com/2012/12/04/the-85-people... http://www.egyptindependent.com/news/brothers-cabi... http://www.egypttoday.com/news/display/article/art... http://mideast.foreignpolicy.com/posts/2012/09/06/... http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=29707 http://www.brookings.edu/research/opinions/2012/08... http://english.ahram.org.eg/NewsContent/1/64/75724... http://english.ahram.org.eg/NewsContentPrint/1/0/4... http://www.usegyptcouncil.org/wp-content/uploads/2... http://www.washingtoninstitute.org/policy-analysis...